Ikuti Kami:

Mula Berlakon Sejak Umur 19 Tahun, Ini Fakta Tentang Pelakon Veteran Kim Haesook

Mula Berlakon Sejak Umur 19 Tahun, Ini Fakta Tentang Pelakon Veteran Kim Haesook

Peminat setia drama Korea pastinya akan mengenali dengan pelakon Kim Hae-sook, kan?

Sedang membintangi “Under the Queen’s Umbrella” kini, Kim Hae-sook juga pernah muncul dalam banyak drama lain seperti “Hospital Playlist”, “Pinocchio”, “Tomorrow”, “Inspector Koo” dan pelbagai lagi.

Dalam artikel kali ini, Kimchi Daily ingin berkongsi beberapa fakta atau biografi mengenai Kim Hae-sook, pelakon yang dikenali ramai.

Biodata Kim Haesook

kim haesook

Kim Hae-sook dilahirkan di Busan, Korea pada 30 Disember 1955, mencecah usia 66 tahun pada 2022. Dia juga telah berjaya menamatkan pengajian awal di Universiti California, Los Angeles dan Universiti Kyung Hee di Seoul, Korea Selatan.

Sudah lebih 48 tahun berada dalam industri hiburan, Kim Hae-sook adalah antara pelakon yang paling berpengalaman dalam dunia lakonan Korea dan ini dapat dibuktikan dengan pelbagai karya hebat yang pernah dibintanginya.

Perkembangan kerjaya Kim Haesook

kim haesook

Untuk pengetahuan, Kim Hae-sook pada asalnya belajar untuk menjadi seorang jururawat. Namun, pada suatu hari dia mengejutkan keluarganya dengan memberitahu bahawa dia ingin pergi ke Seoul dan menjadi seorang pelakon.

Kemudian, dia menyertai kelas lakonan di stesen penyiaran MBC dan mula menyertai industri hiburan. Dari awal lagi, Kim Hae-sook telah menunjukkan kebolehan lakonan yang luar biasa dan membolehkannya untuk mengembangkan lagi bakatnya di luar sana.

Pada tahun 1974, pelakon itu membuat debut pada usia 19 tahun melalui drama “Chief Inspector” dan 48 tahun kemudian, Kim Hae-sook nampaknya masih aktif menemui penonton dalam pelbagai karya hebat.

Diberi gelaran ‘Korea’s nation mother’

kim haesook

Dengan personalitinya yang lembut dan baik, Kim Hae-sook juga sering diberi gelaran sebagai seorang ibu dalam kebanyakan naskhah. Oleh itu, dia telah diberi gelaran sebagai ‘Korea’s nation mother’ oleh penonton.

Antara naskhah lakonannya sebagai seorang ibu adalah dalam drama “Hospital Playlist”, “Start Up”, filem “Mama”, “A Long Visit” dan banyak lagi.

Korang mula kenal Kim Hae-sook dari naskhah mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...