Ikuti Kami:

Meski Bukan Watak Utama, 10 Pelakon Ini Mesti Semua Peminat K-Drama Kenal!

Meski Bukan Watak Utama, 10 Pelakon Ini Mesti Semua Peminat K-Drama Kenal!

Siapa kat sini memang penonton setia drama Korea?

Kepada mereka yang kerap menonton drama Korea, pastinya akan perasan dengan sesetengah pelakon yang muncul dalam banyak naskah dengan pelbagai watak.

Meskipun tidak memegang watak utama namun, watak mereka sudah cukup untuk membuatkan penonton teringat-ingat. Cuba tengok senarai di bawah, ada tak yang korang kenal?

1. Kim Wonhae

kim wonhae

Kim Won-hae adalah salah seorang pelakon yang telah tampil dalam pelbagai drama seperti “Strong Girl Bong-soon”, “Youth of May”, “Link: Eat, Love, Kill” dan terbaru “The Law Cafe”. Khususnya, Kim Won-hae sering membawa watak sebagai rakan sekerja di pejabat. Berkat lakonannya yang meninggalkan impak, Kim Won-hae telah berjaya memenangi anugerah “Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik” selama 2 tahun di ‘KBS Drama Awards’.

2. Kim Youngok

kim youngok

Kalau korang peminat K-Drama, tipu la kalau tak kenal dengan Kim Young-ok! Kim Young-ok sering membawa watak sebagai nenek kepada pelakon utama dan antara drama lakonannya yang menjadi bualan adalah “Hometown Cha Cha Cha”, “The King: Eternal Monarch”, “Reply 1988” dan banyak lagi.

3. Kang Kiyoung

kang kiyoung

Haa kalau korang tonton drama “Extraordinary Attorney Woo” mesti akan kenal dengan pelakon Kang Ki-young. Selain drama tersebut, Kang Ki-young juga pernah muncul dalam banyak naskhah lain seperti “What’s Wrong With Secretary Kim”, “W” dan banyak lagi. Meskipun jarang memainkan watak utama namun, wataknya sering menjadi bualan penonton.

4. Kim Kwanggyu

kim kwanggyu

Kim Kwang-gyu yang berumur 54 tahun kini, juga adalah pelakon yang pernah berlakon dalam banyak drama popular seperti “A Business Proposal”, “Our Blues” dan banyak lagi. Untuk pengetahuan, Kim Kwang-gyu debut pada tahun 1999 dan dia telah menerima anugerah seperti “Anugerah Populariti” dan “Anugerah Kecemerlangan”.

5. Park Jinjoo

park jinjoo

Seterusnya Park Jin-joo, yang sering membawa watak sebagai kawan baik kepada pelakon utama, juga adalah pelakon yang kebanyakan penonton K-Drama pasti kenal! Antara naskhah lakonan Park Jin-joo ialah “It’s Okay to Not Be Okay”, “Lovestuck In The City”, “Her Private Life” dan banyak lagi. Dengan personalitinya yang ceria dan kelakar, pelakon itu telah berjaya menarik perhatian penonton dalam setiap drama lakonannya.

6. Lee Jungeun

lee jungeun

Peminat K-Drama sejati pastinya kenal dengan pelakon Lee Jung-eun yang terkenal di peringkat antarabangsa dek wataknya dalam filem “Parasite”. Selain filem tersebut, Lee Jung-eun juga pernah muncul dalam drama seperti “Weighlifting Fairy Kim Bok Joo” sebagai ibu angkat kepada watak Nam Joo-hyuk, “Our Blues” dan pelbagai lagi.

7. Kim Mikyung

kim mikyung

Sering membawa watak ibu penyayang, Kim Mi-kyung adalah pelakon yang pernah muncul dalam banyak drama hit. Antaranya “The Heirs” iaitu ibu kepada watak Park Shin-hye, “Forecasting Love & Weather” ibu kepada watak Park Min-young dan banyak lagi drama yang menampilkan Kim Mi-kyung.

8. Sung Dongil

sung dongil

Kalau korang tonton drama “Reply 1988, “Ghost Doctor”, “Prison Playbook” atau “It’s Okay, That’s Love” mesti akan kenal dengan pelakon Sung Dong-il. Untuk pengetahuan, Sung Dong-il mula berlakon pada tahun 1991 dalam sebuah teater dan debut dalam siri TV pada 1998 dengan “Eun Shil”.

9. Kim Haesook

kim haesook

Kerap memainkan watak ibu kepada pelakon utama, Kim Hae-sook telah diberi gelaran sebagai ‘National Mother Actress’. Antara drama yang menampilkan Kim Hae-sook ialah “Hospital Playlist”, “Pinocchio”, “Start Up” dan banyak lagi. Jadi, korang pernah tengok Kim Hae-sook berlakon dalam drama mana?

10. Kim Gabsoo

kim gabsoo

Akhir sekali, Kim Gab-soo yang mula berlakon pada 1977 telah tampil dalam banyak drama seperti “Hospital Playlist”, “Jirisan”, “Mr. Sunshine” dan banyak lagi drama popular. Berkat lakonannya yang mantap, Kim Gab-soo berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti “Anugerah Kecemerlangan” dan “Pelakon Pembantu Terbaik”.

Haa berapa ramai pelakon dalam senarai di atas yang korang kenal?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...