Ikuti Kami:

Digelar ‘National Grandmother’ Korea Selatan, Kim Youngok Pernah Berlakon Dalam 10 Drama Ini

Digelar ‘National Grandmother’ Korea Selatan, Kim Youngok Pernah Berlakon Dalam 10 Drama Ini

Bagi peminat setia drama Korea, anda pastinya mengenali ‘National Grandmother’ Korea Selatan iaitu Kim Young-ok.

Untuk pengetahuan, Kim Young-ok ialah seorang pelakon Korea Selatan yang telah memulakan kerjaya pada tahun 1957. Dia dikenali sebagai ‘Nenek Kebangsaan’ Korea Selatan dek wataknya sebagai seorang nenek dalam pelbagai drama dan filem.

Pelakon berusia 83 tahun itu telah muncul dalam lebih 20 filem dan lebih daripada 70 K-Drama setakat ini. Bukan itu sahaja, setelah lebih 65 tahun dalam industri hiburan, Kim Young-ok juga akan memegang watak utama pertamanya dalam filem akan datang “Take Care of Mom”. Mungkin ada yang tak perasan, tetapi Kim Young-ok pernah berlakon dalam 10 K-Drama popular di bawah!

THE KING: ETERNAL MONARCH (2020)

kim youngok eternal monarch

Dalam drama ini, Kim Young-ok memainkan watak Noh Ok-nam, seorang wanita istana yang mengangkat watak Lee Min-ho sebagai Maharaja Lee Gon, selepas dia kehilangan ibu bapanya pada usia lapan tahun.

HOMETOWN CHA CHA CHA (2021)

kim youngok hometown cha cha cha

Pada tahun 2021, Kim Young-ok juga turut bergabung dalam drama romantis “Hometown Cha-Cha-Cha”. Dia berperan sebagai Kim Ga-ri, seorang nenek yang tinggal di Gonjin dan sangat menyukai sotong.

SQUID GAME (2021)

kim youngok squid game

Meskipun hanya muncul sebentar, namun penonton pastinya menyedari bahawa ibu kepada karakter yang dipegang oleh Lee Jung-jae iaitu Seong Gi-hun, adalah Kim Young-ok. Wataknya hanya tampil pada awal episod ketika menceritakan tentang kehidupan Seong Gi-hun.

COFFEE PRINCE (2007)

kim youngok coffee prince

“Coffee Prince” ialah siri TV yang berkisar tentang kehidupan cinta dan impian empat orang muda yang bertemu bersama di sebuah kafe. Kim Young-ok memegang watak seorang nenek kepada pelakon utama Choi Han-Gyul yang dibintangi oleh Gong Yoo.

BOYS OVER FLOWERS (2009)

kim youngok boys over flowers

Drama popular “Boys Over Flowers” mengisahkan tentang seorang gadis daripada keluarga miskin tetapi mempunyai rasa optimistik dan pemanduan yang tiada tandingan. Secara kebetulan, dia diterima masuk ke sekolah menengah swasta yang berprestij. Dalam drama ini, Kim Young-ok akan berperanan sebagai ketua pembantu rumah.

YOUNG LADY AND GENTLEMAN (2021)

kim youngok young lady and gentleman

Kembali membawa watak nenek, Kim Young-ok membintangi sebagai Shin Dal-rae, nenek kepada Park Dan-dan yang diterajui oleh Lee Se-hee dalam drama “Young Lady and Gentleman”.

JIRISAN (2021)

kim youngok jirisan

Drama terakhirnya pada tahun 2021 adalah “Jirisan”. Kim Young-ok membawa watak sebagai Lee Moon-ok, salah satu warga yang tinggal di desa Haedong dan nenek kepada karakter Jun Ji-hyun.

MS. HAMMURABI (2018)

kim youngok ms hammurabi

“Ms. Hammurabi” membawa kisah tentang seorang wanita Park Cha O-reum yang bekerja sebagai hakim baru. Kim Young-ok membintangi sebagai nenek kepada Park Cha O-reum yang dibintangi oleh Go Ara.

SHOPAHOLIC LOUIS (2016)

kim youngok shopaholic louis

Kim Young-ok membawa watak sebagai Choi Il-soon, nenek kepada Louis (Seo In-guk) dan Pengerusi Gold Group.

MOUSE (2021)

kim youngok mouse

Kim Young-ok berperan sebagai nenek kepada Bong Yi, karakter yang dibawa oleh Park Ju-hyun dalam “Mouse”. Drama ini turut dibintangi oleh Lee Seung-gi.

Berkat lakonannya yang sentiasa menambahkan emosi buat penonton, Kim Young-ok telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di acara besar. Antaranya, Hadiah Utama (Daesang) untuk Televisyen pada 1979, Anugerah Lakonan Emas pada 2007, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2018 dan banyak lagi.

Drama lakonan Kim Young-ok yang mana korang paling ingat?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...