Ikuti Kami:

Kali Pertama Pegang Watak Utama Dalam 65 Tahun, Kim Youngok Sah Terajui ‘Take Care Of Mom’

Kali Pertama Pegang Watak Utama Dalam 65 Tahun, Kim Youngok Sah Terajui ‘Take Care Of Mom’

Nenek tercinta buat semua peminat K-Drama iaitu Kim Young-ok, akan memegang watak utama pertamanya dalam filem “Take Care of Mom”!

Sebagai salah seorang pelakon aktif tertua dalam industri hiburan, filem yang akan datang ini menarik minat penonton, terutamanya dengan peranan utamanya yang pertama sepanjang 65 tahun dalam kerjaya lakonan.

“Take Care of Mom” ​​adalah filem tentang perjuangan dan kepedihan hati seorang wanita tua dan hubungannya dengan orang yang tidak dikenali yang dia anggap sebagai keluarganya. Ia akan memfokuskan kepada wanita berusia 85 tahun bernama Cik Lim, yang akan dilakonkan oleh Kim Young-ok. Pelakon lain yang akan sertai bintang veteran itu dalam filem tersebut ialah Kim Young-min, Park Sung-yun dan penampilan istimewa Lee Joo-mi.

filem take care of mom

Menurut laporan, filem “Take Care of Mom” ​​bakal ditayangkan di skrin besar pada bulan April tahun ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...