Ikuti Kami:

Mula Berkhidmat, Ahli BTS Hantar Jin Ke Kem Latihan Tentera

Mula Berkhidmat, Ahli BTS Hantar Jin Ke Kem Latihan Tentera

Ahli BTS memang tidak dinafikan mempunyai hubungan bagai isi dengan kuku.

Terbaru pada 13 Disember, Jin BTS telah sertai latihan tentera Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon dan dia akan ditempatkan sebagai askar bertugas aktif dalam tentera, selepas menjalani latihan asas ketenteraan selama lima minggu.

Seperti yang diumumkan Big Hit Music sebelum ini, Jin terus masuk ke dalam unit tenteranya tanpa menyapa peminat atau wartawan, bagi menjauhi segala perkara yang tidak diingini dari berlaku jika orang ramai berkumpul.

Selain itu, agensi juga berkongsi bahawa ahli Suga, RM, J-Hope, Ji-min, V dan Jung-kook turut menemani Jin ke kem latihan tentera untuk menghantarnya. Khabarnya, mereka juga sempat makan tengahari bersama sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Jin.

Pada hari yang sama, akaun Twitter rasmi BTS turut memuat naik foto mereka menghantar Jin ke latihan tentera, dengan kapsyen yang ditulis,

Abang kami!! Sila kembali dengan selamat!! 💜 Sayang awak 💜

Dalam pada itu, tarikh pelepasan Jin dari khidmat ketenteraan telah dijadualkan pada 12 Jun 2024 nanti.

Selamat berkhidmat Jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...