Ikuti Kami:

“Syarikat & Ahli Berharap BTS Dapat Bersatu Sebagai Kumpulan Penuh Pada 2025” – Big Hit Music

“Syarikat & Ahli Berharap BTS Dapat Bersatu Sebagai Kumpulan Penuh Pada 2025” – Big Hit Music

Selepas Jin, Suga adalah ahli BTS yang seterusnya akan sertai latihan khidmat tentera.

Terbaru pada 13 Disember, Ilgan Sports melaporkan bahawa apabila Suga mendaftar di latihan tentera nanti, dia mungkin akan ditugaskan sebagai pekerja perkhidmatan awam dan bekerja di pejabat kerajaan.

Juga dilaporkan, Suga adalah satu-satunya ahli BTS yang tidak menjalankan tugas aktif ketika khidmat tentera, kerana kecederaan bahu yang dialaminya pada 2020 lalu.

bts

Tidak lama kemudian, Big Hit Music tampil memberi respon mengenai laporan berkenaan. Jelas agensi,

Sukar untuk mengesahkan laporan berikut. Kedua-dua syarikat dan ahli berharap BTS akan dapat mempromosikan sebagai kumpulan penuh pada 2025.

ARMY pun mengharapkan perkara yang sama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...