Ikuti Kami:

Muat Naik Gambar Di IG, Netizen Tebak Jeon Somi & Mingyu SEVENTEEN Sedang Bercinta?

Muat Naik Gambar Di IG, Netizen Tebak Jeon Somi & Mingyu SEVENTEEN Sedang Bercinta?

Nampaknya, ada banyak selebriti yang telah terlibat dengan khabar angin percintaan baru-baru ini..

Begitu juga dengan penyanyi solo Jeon So-mi dan Min-gyu SEVENTEEN yang didakwa sedang bercinta, kerana satu kebetulan ini.

Beberapa hari yang lalu, So-mi telah memuat naik gambar dari parti pelancaran album barunya, yang dihadiri oleh ramai selebriti popular seperti Na-yeon dan Chae-young TWICE, RM BTS, Taeyang dan G-Dragon BIGBANG serta termasuklah Min-gyu sendiri.

Bagaimanapun, perkara lain yang menarik perhatian adalah jaket dalam gambar pertama yang dimuat naik, merupakan jaket yang dipakai Min-gyu ke acara berkenaan.

Oleh itu, ada yang menebak jika kedua penyanyi itu mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain. Bagaimanapun, netizen kebanyakannya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan,

So-mi memang seorang yang mesra dengan semua orang jadi saya tak rasa mereka bercinta pun.

 

Min-gyu, The8 dan Woozi pergi ke acara itu. Beg itu adalah dari acara tersebut.

 

Kalau mereka bercinta, saya tak rasa So-mi akan berani memuat naik gambar itu ke Instagramnya..

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...