Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Ketika Di Thailand, Penampilan Seksi Han Hyojoo Jadi Perhatian

Muat Naik Foto Ketika Di Thailand, Penampilan Seksi Han Hyojoo Jadi Perhatian

Di kala sibuk dengan penggambaran filem, Han Hyo-joo nampaknya seronok meluangkan waktu terluangnya di Thailand baru-baru ini.

Pada 14 Oktober, pelakon kesayangan ramai iaitu Han Hyo-joo telah berkongsi beberapa foto dirinya di Instagram, dengan kapsyen yang ditulis,

Di Thailand ✨

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, Han Hyo-joo dilihat menikmati waktu lapangnya di Thailand, dengan memakai pakaian selesa sambil minum air koktel dan bir.

han hyojoo

Khususnya, dalam foto lain yang dimuat naik pendandan fesyen pelakon itu di Instagram, Han Hyo-joo tampil dengan baju yang terbuka di bahagian belakang badan dan skirt pendek. Seksi sangat!

Untuk pengetahuan, Han Hyo-joo dilaporkan berlepas ke Thailand untuk menjalani penggambaran filem Netflix “Believer” musim kedua.

Cantik sangat Han Hyo-joo, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...