Ikuti Kami:

“Moon Dongeun Mati?” – Pelakon ‘The Glory’ Bincang Kemungkinan Musim Ke-3

“Moon Dongeun Mati?” – Pelakon ‘The Glory’ Bincang Kemungkinan Musim Ke-3

Debaran menantikan bahagian kedua “The Glory” kian terasa kini!

Terbaru, para pelakon siri Netflix iaitu Kim Gun-woo, Kim Hieora, Park Sung-hoon, Cha Joo-young dan Jung Sung-il telah menjalani temubual eksklusif bagi membincangkan mengenai spoiler dan kemungkinan plot bahagian kedua yang ditebak oleh penonton.

Dalam perbincangan itu, ramai penonton mengagak bahawa watak Son Myung-oh sebenarnya masih hidup. Jelas Kim Gun-woo yang membawa watak itu,

Ianya menarik kerana ramai yang menyangkan bahawa saya masih hidup.

netflix the glory 2

Balasanya menarik perhatian penonton,

Ianya di antara mati atau hidup. Kita berjumpa di bahagian kedua.

Usik Park Sung-hoon,

Kenapa awak tak potong rambut? tengah bersedia untuk bahagian ketiga ke?

netflix the glory 2

Antara spekulasi lain ialah Moon Dong-eun sebenarnya sudah mati dan So-hee yang menyamar sepertinya untuk membalas dendam. Kata mereka,

Adakah Dong-eun yang mati semasa jatuh dari bangunan itu?

Walaupun tidak memberikan sebarang klu spesifik namun penonton sudah tidak sabar menantikan bahagian kedua itu memandangkan pelbagai teori yang mendebarkan.

Saksikan bahagian kedua “The Glory” bermula 10 Mac ini di Netflix!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...