“Mohon Maaf Cepat” – Agensi Mendiang Lee Sunkyun Minta Henti Sebar Berita Palsu
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Memang senang nak sebar cerita palsu mengenai orang lain..
Terbaru, agensi mendiang Lee Sun-kyun iaitu HODU&U Entertainment mengeluarkan kenyataan bagi membanteras maklumat palsu mengenai mendiang yang berterbangan,
Baru-baru ini, kami mendapati terdapat khabar angin dan informasi palsu mengenai pelakon kami tersebar. Kami memutuskan untuk mengumpul data berkaitan dan mengambil tindakan undang-undang pada masa yang sama.

Pihak agensi juga meluahkan rasa kesal dengan laporan buruk mengenai Lee Sun-kyun,
Kami mengharapkan agar kebenaran dibongkarkan menerusi siasatan polis yang telus hingga ke akhirnya. Namun, situasi ini sudah mencapai satu tahap di mana kami tak boleh menjangkakannya lagi. Sebab itu, kami memutuskan untuk membetulkan informasi itu sendiri satu persatu.
Mereka menyambung bahawa satu aduan sudah pun dibuat pada wartawan yang menulis artikel dengan maklumat palsu pada petang 27 Disember lalu. mereka meminta kesemua pengamal media supaya memohon maaf secara jujur dan melibatkan diri secara telus dengan tindakan undang-undang akan datang.
Biarlah mendiang pergi dengan tenang..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




