Ikuti Kami:

Identiti Terbongkar! Wanita Ugut Mendiang Lee Sunkyun RM1.2 Juta Rupanya Seorang Pelakon

Identiti Terbongkar! Wanita Ugut Mendiang Lee Sunkyun RM1.2 Juta Rupanya Seorang Pelakon

Pada 28 Disember lepas, Mahkamah Daerah Incheon mengeluarkan waran tangkap terhadap ‘A’ (28) atas tuduhan mengugut, menimbulkan kebimbangan bahawa dia mungkin akan melarikan diri ketika siasatan.

‘A’, bersama pemilik bar pusat hiburan dewasa ‘B’ (29), disyaki mengugut individu yang meninggal dunia iaitu Lee Sun-kyun dan mengeksploitasi 350 juta won (RM1.2 juta) daripadanya. ‘A’ muncul bersama seorang kanak-kanak semasa soal siasat ke atasnya sebelum dia ditangkap.

Pada hari yang sama, media Korea melaporkan,

‘A’ adalah seorang pelakon, dan dia juga menipu dan mencuri wang daripada lelaki yang dia kenal melalui aplikasi kelab yang terutamanya digunakan oleh pekerja pejabat dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an.

lee sunkyun mistress

Pada 30 Disember, tiga foto ‘A’ dan maklumat peribadinya telah dipaparkan di komuniti saluran YouTube yang dipanggil Caracula’s Crime Lab, lantas menarik perhatian ramai. Tulis catatan itu,

Park So-jung (A – lahir pada tahun 1995, dari Wonju), seorang ibu tunggal yang tinggal di apartmen yang sama dengan Madam Kim Nam-hee (B) dari Good Place (hos bar) dan mengancam untuk memeras wang daripadanya, mengatakan dia seorang penggodam.

Oleh itu, pengguna internet mengumpulkan maklumat peribadi A dan mengetahui penampilannya. Menurut media Korea lain, ‘A’ kini disenaraikan sebagai ‘pelakon filem’ di laman portal, di mana gambar profilnya juga muncul.

park sojung lee sunkyun

Hasil daripada penyelidikan, ‘A’ pernah membintagi dua filem sebelum ini di mana pada ketika 2012 semasa di sekolah menengah dan ketika 2015 sebagai watak tambahan.

Sementara itu, Lee Sun-kyun, yang telah disiasat oleh polis selama dua bulan berkaitan tuduhan mengambil dadah dan pelacuran, ditemui mati dalam kenderaan yang diparkir di sebuah taman di sekitar Seoul pada 27 Disember lalu.

Harap keadilan dicapai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...