Baru-baru ini, V BTS telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea.
Untuk pengetahuan, V telah menjadi bintang muka hadapan untuk majalah Elle Korea edisi April 2023, mempamerkan visualnya yang tiada tandingan.
Khususnya, ahli BTS itu berkolaborasi dengan CELINE untuk sesi penggambaran ini, menggayakan pelbagai busana dari jenama mewah berkenaan.
Dalam beberapa foto yang dikeluarkan, V tampil tanpa memakai baju, memaparkan badannya yang tegap serta aura seorang selebriti.
https://twitter.com/ELLE_KOREA/status/1638003386670010369?s=20
Dalam foto lain, penyanyi lagu “Christmas Tree” itu juga turut menayang ‘abs’nya, membuatkan peminat teruja melihat transformasi badan V dari sebelum ini.
Antara komen yang ditulis peminat,
Lelaki paling kacak dalam dunia 😭
Dia memang betul-betul seperti seorang model sebenar.
Tae-hyung berada di atas semua orang! Benar-benar pada tahap yang berbeza!
Saya tak sabar untuk dapatkan majalah Elle saya. Semua gambar V memang tidak mengecewakan.
Fuh lain macam aura V!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉