Ikuti Kami:

Mnet Umum Tarikh Tayangan Bagi ‘Queendom’ Musim Kedua

Mnet Umum Tarikh Tayangan Bagi ‘Queendom’ Musim Kedua

Program survival popular “Queendom” bagi musim kedua telah mengesahkan tarikh tayangan!

Mnet baru-baru ini mengumumkan tarikh tayangan perdana untuk “Queendom 2” dan turut mengeluarkan video teaser secara dalam talian. Rancangan ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 31 Mac dan bakal disiarkan selama sepuluh minggu, setiap hari Khamis pada jam 8:20 malam.

Sementara itu, “Queendom 2” ialah program survival di mana kumpulan gadis terbaik bersaing antara satu sama lain dengan misi baru setiap minggu. Musim pertama yang dikeluarkan pada 2019, telah mendapat perhatian ramai menerusi persembahan hebat kumpulan gadis, seperti AOA, (G)-IDLE, MAMAMOO, OH MY GIRL, Park Bom, dan LOVELYZ. Bagi musim kedua, Mnet masih belum mendedahkan kumpulan gadis yang bakal sertai untuk survival kali ini.

Nantikan 31 Mac ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...