Ikuti Kami:

Taeyeon SNSD Akan Jadi MC Program Mnet ‘Queendom 2’

Taeyeon SNSD Akan Jadi MC Program Mnet ‘Queendom 2’

Tae-yeon GIRLS’ GENERATION sah akan menjadi pengacara bagi program popular Mnet, “Queendom” musim kedua!

Menurut pasukan produksi program itu,

Selepas membuat debutnya yang berjaya pada tahun 2007 melalui kumpulan gadis global GIRLS’ GENERATION, Tae-yeon menjadi seorang pemuzik yang telah mengekalkan kedudukannya sebagai artis solo terkemuka selama 16 tahun dalam industri muzik, dan terus dikenali sebagai ratu vokal yang handal dengan dunia muziknya yang pelbagai dan kaya.

Tambah mereka,

Tae-yeon ialah seorang pemuzik yang mewakili K-pop global, dan dia mempunyai ramai peminat di dalam dan luar negara. Di atas segalanya, sebagai contoh teladan yang harus diikuti oleh kumpulan gadis junior, kami menjangkakan bahawa dia akan memberikan peranan yang pelbagai selain daripada hos program itu.

taeyeon mc queendom 2

“Queendom” musim pertama yang telah dapat banyak sambutan, melibatkan kumpulan seperti (G)-IDLE, LOVELYZ, OH MY GIRL, AOA dan MAMAMOO. Dengan Tae-yeon disahkan sebagai hos bagi “Queendom 2”, program ini telah dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada bulan depan. Namun, kumpulan yang terlibat untuk musim kali ini masih belum diumumkan.

Kumpulan mana yang korang nak tengok dalam “Queendom 2”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...