Ikuti Kami:

MIYAVI Lancar MV Penuh ‘HUSH HUSH’ Bersama Kang Daniel

MIYAVI Lancar MV Penuh ‘HUSH HUSH’ Bersama Kang Daniel

Peminat-peminat K-Pop dan juga J-Pop semestinya akan mengenali seorang bintang emas dalam industri muzik, MIYAVI ataupun nama sebenarnya Takamasa Ishihara yang merupakan seorang gitaris, penulis lirik, produser rakaman dan juga pelakon yang sangat terkenal dengan teknik bermain gitar ‘finger-slapping’.

Baru-baru ini, MIYAVI telah melancarkan satu muzik video terbaru “HUSH HUSH” yang berkolaborasi bersama Kang Daniel. Muzik video yang baru sahaja dilancarkan setakat ini sudah mencapai hampir 5 ribu penonton.

MIYAVI KANG DANIELDalam MV kali ini, MIYAVI dan Kang Daniel bertemu setelah mereka bertemu melalui sambungan Metaverse. Sebelum ini, album MIYAVI yang dikeluarkan pada September 2021 iaitu ‘IMAGINARY’, “HUSH HUSH” ialah satu kolaborasi unik antara seorang pemain gitar terkemuka Jepun bersama seorang artis solo K-pop, Kang Daniel. Di samping itu, untuk versi Korea muzik video “HUSH HUSH” pula yang turut dinyanyikan semula oleh Kang Daniel, dikeluarkan pada Mac tahun ini sebagai satu OST khas dalam siri drama asal Disney+ iaitu ‘Rookie Cops’ yang dibintangi oleh Kang Daniel sendiri.

Saya sangat teruja untuk melancarkan ‘Hush Hush’ dalam versi Korea kerana ianya sebuah lagu yang sangat ceria dan berirama serta sesuai untuk jiwa muda dalam rancangan ‘Rookie Cops’.

Sempena ulang tahun yang ke-20, MIYAVI menjemput para peminatnya turut serta dalam perjalanan interaktif selama sebulan bersama Kollektion yang akan meraikan bentuk ekspresi kreatif yang inovatif. Setiap minggu, Drops baharu akan dilancarkan namun untuk masa terhad sahaja dan peminat akan mempunyai potensi untuk membuka kunci akses kepada faedah tambahan yang eksklusif.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini!

Jangan lupa tonton Kang Daniel dalam ‘Rookie Cops’ tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...