Ikuti Kami:

‘Rookie Cops’ Tamat, Apakah Kesudahan Nasib Kang Daniel & Chae Soobin?

‘Rookie Cops’ Tamat, Apakah Kesudahan Nasib Kang Daniel & Chae Soobin?

Rasa macam sekejap sahaja, namun “Rookie Cops” sudah pun melabuhkan tirainya di Disney+ Hotstar semalam.

Sinopis

Ia merupakan sebuah drama kampus merangkumi kisah impian, cinta, cabaran dan cita-cita anak-anak muda di kolej polis.

Berakhir sempurna

[Amaran SPOILER]

Bahagia tak selamanya buat Han-sol apabila pelan bijak skuad pelajar itu berjaya menumpaskannya selain terselit bukti pengakuan segala jenayahnya. Bukan itu sahaja, kesemua polis ranking tinggi yang terlibat melindungi kesalahan lelaki itu juga terpaksa tunduk dan menerima bayaran atas ketamakan mereka.

disney+ rookie cops

Skuad itu kemudian bergraduasi dan kesemuanya turut menerima Anugerah Perdana Menteri atas sumbangan mereka, Dalam bergembira, mereka tetap mengingati Dae-il yang sudah pergi selamanya.

Kang Daniel tunjuk taring

Meskipun ini merupakan naskhah debut Kang Daniel sebagai pelakon namun sepertinya idola ini sudah membuka langkah baik di dalam bidang ini. Membawa watak seorang pelatih polis yang sentiasa menegakkan keadilan, Wi Seung-hyun ternyata 180 darjah berbeza daripada personaliti sebenar Kang Daniel lantas membuktikan lelaki tersebut boleh membawa watak yang versatil.

disney+ rookie cops

Bukan main-main, Kang Daniel yang mengambil serius mengenai drama ini meminta nasihat daripada salah seorang rakan baiknya yang juga merupakan seorang polis. Gigih kan?

Tidak hanya cita-cita, drama ini turut memaparkan kisah cinta musuh ke kekasih yang membuatkan hati berbunga-bunga. Wi Seung-hyun yang ‘keras’ pun tak dapat menafikan perasaannya buat Go Eun-kang (Chae Soo-bin) yang ceria dan sering menghadapi masalah.

disney+ rookie cops

Siapa yang sukakan drama ringan dan penuh dengan cerita impian si muda-mudi, memang wajib tonton “Rookie Cops”!

Korang dah habis layan ke di Disney+ Hotstar?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...