Ikuti Kami:

Mitos Atau Realiti? Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Kaitan Antara Jenis Darah & Personaliti

Mitos Atau Realiti? Ini Kepercayaan Orang Korea Tentang Kaitan Antara Jenis Darah & Personaliti

Mungkin korang rasa jenis darah merupakan sesuatu yang tidak berapa penting.Tetapi di Korea, jenis darah memainkan peranan penting untuk menilai peribadi seseorang.

Terdapat empat kumpulan jenis darah primer: A, B, AB dan O.

Personaliti darah A

jenis darah orang Korea

Menurut kepercayaan orang Korea, sesiapa yang mempunyai darah jenis A merupakan seorang yang introvert dan konservatif. Mereka cukup bertimbang rasa terhadap orang lain dan sangat menepati masa serta penyabar.

Antara ciri terbaik mereka ialah sangat setia dan kreatif. Kerana mereka yang mempunyai golongan darah A selalunya seorang yang perfeksionis, mereka akan berusaha keras untuk memastikan semuanya telah dilakukan dengan betul dan berhati-hati. Sebaliknya, mereka juga dianggap agak sensitif dan kurang berani. Mempercayai orang lain atau meluahkan pelbagai emosi juga tidak mudah bagi mereka.

Korang juga mungkin mendapati ciri-ciri personaliti golongan darah A sebagai obsesif dan berahsia. Mereka juga cenderung untuk mempunyai OCD, iaitu bimbang tentang perkara yang tidak perlu.

Personaliti darah B

jenis darah orang Korea

Orang yang mempunyai darah jenis B sering dilihat sebagai seseorang yang menikmati kehidupan dan tidak mengambil berat tentang pendapat orang lain terhadap diri mereka.

Mereka mempunyai peraturan sendiri tanpa menghiraukan pendapat negatif dari yang lain. Golongan darah B sangat jujur ​​dan penyayang. Selain itu, mereka sangat mudah didekati dan kebiasaannya akan mempunyai ramai kawan. Sifat kejujuran yang ada pada orang berdarah jenis B ini kadangkala membawa masalah, kerana mereka tidak takut untuk berterus terang dalam apa jua keadaan.

Personaliti darah AB

jenis darah orang Korea

Walaupun memiliki tahap kecerdasan dan minat yang tinggi dalam pelbagai perkara, darah jenis AB dianggap sebagai seseorang yang tidak dapat diramalkan. Namun begitu, mereka rasional, praktikal dan mempunyai kawalan diri yang hebat. Sama seperti golongan darah A, mereka juga suka teliti dengan apa sahaja yang dilakukan.

Di sisi yang lebih negatif, orang darah jenis AB lebih suka melakukan perkara peribadi sahaja. Mereka juga cenderung menjauhkan diri daripada situasi yang menawarkan sebarang jenis kerumitan atau drama. Korang mungkin akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka kerana dipercayai orang darah jenis AB sangat keras kepala dan selalu membuat keputusan tanpa berfikir sewajarnya.

Personaliti darah O

jenis darah orang Korea

Mereka yang mempunyai darah jenis O dipercayai boleh menjadi pemimpin yang disegani ramai. Mereka mudah bergaul, mudah mesra dan mempunyai sikap optimis. Di samping itu mereka tidak takut untuk menyatakan fikiran serta golongan ini sangat jujur.

Beberapa sifat baik ialah mereka sangat bertenaga dan mudah untuk berkawan. Selain dilahirkan untuk memimpin, golongan darah O juga boleh berjaya dalam bidang sukan.

Kadang-kadang kejujuran dan sikap lantang mereka difahami sebagai terlalu berpendirian oleh orang lain. Sukar bagi mereka untuk meminta maaf dan sifat yang terlalu berdaya saing boleh menyebabkan orang sekeliling kurang suka dengan perangai itu.

Lepas ni boleh la korang check jenis darah masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...