Ikuti Kami:

Misi Kelam Kabut & Dipenuhi Tawa, Ini Sebab Perlu Tonton ‘THE ZONE: Survival Mission’ Di Disney+

Misi Kelam Kabut & Dipenuhi Tawa, Ini Sebab Perlu Tonton ‘THE ZONE: Survival Mission’ Di Disney+

Tak tahu nak tonton apa di hujung minggu ini? Disney+ Hotstar hadir sebagai teman buat korang!

Kelmarin, platform ini telah meriliskan tiga episod awal program kelolaan Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation iaitu “THE ZONE: Survival Mission”.

Berbeza karakter, Yoo Jae-suk membawa watak ‘Kemanusiaan’, Lee Kwang-soo sebagai ‘Ketawa’ dan Yuri pula bertanggungjawab menjadi ‘Harmoni’ lantas melengkapi perencah untuk melengkapkan program berkenaan.

Dalam tiga episod awal ini, mereka menjalani tiga zon berbeza iaitu elak dari perhatian, menahan kepanasan dan lari dari zombi. Mengikut konsep asalnya, kesemua mereka perlu bertahan selama 4 jam dengan pelbagai agenda tidak disangka dan menyelesaikan misi untuk keluar dari zon tersebut.

disney+ the zone survival mission

Seperti yang dilihat dalam “Running Man”, Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo menunjukkan keserasian menarik iaitu ‘dumb dan dumber’ selain lelaki tinggi itu yang kerap melakukan kesalahan seperti terjatuh sendiri, seluar terlondeh dan pelbagai lagi kejadian spontan yang menggeletek hati. Malah Yuri juga mampu menyelit masuk dengan telatah kedua lelaki itu tanpa kelihatan janggal sekaligus membuktikan bahawa dia juga merupakan ‘ratu komedi’.

Daripada apa yang dilihat, “THE ZONE: Survival Mission” berjaya menyampaikan sesuatu imaginasi kepada realiti dengan pelbagai simulasi yang mendebarkan pada saban episod.

Kepada yang belum menonton, jangan lupa untuk langgan Disney+ sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...