Rasanya ramai yang menantikan program terbaru Disney+ iaitu “THE ZONE: Survival Mission” yang bakal ditayangkan nanti.

Untuk pengetahuan, rancangan ini memaparkan kisah survival Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation dalam 8 zon simulasi bencana.
Ramai pastinya mengetahui Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo memiliki keserasian hebat sejak “Running Man” namun ada yang tertanya-tanya bagaimana Yuri dipilih menyertai rancangan ini. Kata pengacara No 1 Korea itu,
Pihak produksi bertanya siapa yang mahu disyorkan di sekeliling saya. Pada ketika itu, saya mencadangkan Yuri dan mereka memberi respon. Setiap kali saya berjumpanya dalam rancangan lain, pasti dia berkata mahu menyertai sekali sejak 10 tahun lalu.
Jelasnya,
Sejujurnya saya tidak menyangka, tapi Yuri bersetuju untuk menyertainya. Dia berbeza pada episod pertama dan ke-8, bermula episod ke-4 boleh dirasakan bahawa kami lebih selesa bersama.
Nantikan 3 episod awal “THE ZONE: Survival Mission” yang bakal diriliskan pada 8 September ini di Disney+.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.