Ikuti Kami:

“Lepas Keluar ‘Running Man’..” – Yoo Jaesuk Sertai ‘THE ZONE: Survival Mission’ Dek Mahu Usik Lee Kwangsoo

“Lepas Keluar ‘Running Man’..” – Yoo Jaesuk Sertai ‘THE ZONE: Survival Mission’ Dek Mahu Usik Lee Kwangsoo

Selepas keluar “Running Man”, ramai yang rindu ingin menyaksikan gelagat Lee Kwang-soo dalam rancangan hiburan.

Buat semua, korang pasti tak nak terlepas menonton program terbaru Disney+ iaitu “THE ZONE: Survival Mission” di mana Lee Kwang-soo bergabung kembali bersama Yoo Jae-suk dan ditemani Yuri Girls’ Generation untuk satu misi kelangsungan hidup.

Kongsi pelakon itu mengenai Yoo Jae-suk,

Selepas ‘Running Man’, saya selalu berjumpa dia. Saya tak rasa seperti sudah lama tak bersamanya. Saya sentiasa seronok dan gembira menjalani rakaman bersama Yoo Jae-suk.

lee kwangsoo yoo jaesuk

Puji Yoo Jae-suk mengenai Lee Kwang-soo,

Kami bergabung semula menerusi ‘The Zone’, kami boleh memahami satu sama lain walaupun tak berkata apa-apa. Dari sudut kemanusiaan dan hiburan, kami sangat sesuai bersama. Lelaki ini sangat memahami situasi dalam program hiburan, dan dia sangat pandai menggambarkannya.

Seloroh Yuri, dia mengatakan bahawa Yoo Jae-suk menyertai program ini untuk mengusik Lee Kwang-soo.

Tak sabar nak tengok mereka semula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...