Umum mengetahui bahawa Jessi merupakan seorang penyanyi yang lantang bersuara apabila dia muncul dalam pelbagai program hiburan dan ketika persembahan.
Terbaru, penyanyi rap itu telah melakukan persembahan di Kaohsiung, Taiwan bagi menyapa peminat yang sekian lama menanti persembahan wanita tersebut di sana.
Lebih kelakar apabila Jessi dilihat berinteraksi bersama peminat dengan meminta mereka mengajar maksud perkataan ‘fuck’ dalam bahasa Mandarin. Rata-rata pengunjung menjerit perkataan ‘gan’ dan wanita itu dilihat terus menggunakan perkataan itu ketika bersembang.
View this post on Instagram
Ulas Jessi dalam entri berasingan,
Terima kasih untuk memori indah Kaohsiung. Terima kasih kerana menyukai saya seperti apa yang ada termasuklah mulu celupar saya. Sayangs emua! Sehingga bertemu lagi ‘GAN’.
Balas peminat di ruangan komen, rata-ratanya mengakui bahawa persembahan Jessi merupakan antara yang terhangat mereka pernah hadiri setakat ini
Jessi memang macam tu pun.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉