Ikuti Kami:

“Minta Maaf Saya Kahwin” – Dongwoon HIGHLIGHT Mohon Maaf Lepas Baca Komen Buruk

“Minta Maaf Saya Kahwin” – Dongwoon HIGHLIGHT Mohon Maaf Lepas Baca Komen Buruk

Perkahwinan memang satu perkara yang baik tapi mungkin bukan pada peminat fanatik idola.

Dalam satu siaran siaran langsung YouTube, Son Dong-woon iaitu ahli HIGHLIGHT telah meluahkan perasaan buat peminat yang mungkin terkesan dek berita perkahwinannya,

Saya minta maaf kerana lambat memberikan ayat sapaan. Saya sangat gementar. Saya tak sabar mahu berjumpa dan bercakap dengan awak tapi saya banyak kerisauan. Bergantung kepada ayat yang disampaikan saya, fikiran dan cerita saya mungkin membawa maksud berbeza. Jadi, saya merasakan lebih baik melakukan siaran langsung meski saya mungkin akan merapu. Saya minta maaf jika terlambat.

Sambungnya,

Saya rasa awak terasa dan semakin keliru kerana saya lambat dek mengambil pandangan yang berhati-hati. Tak seperti biasa, saya merasakan seperti awak tak boleh tidur atau makan. Sekarang ini, saya berasa bersalah, jadi saya tak rasa saya boleh bercakap dengan kalian seperti biasa. Saya perlukan sedikit masa.

son dongwoon

Son Dong-woon terus memohon maaf kerana mendatangkan kesusahan buat ahli HIGHLIGHT dan kepada peminatnya,

Saya mohon maaf kerana membebankan abang HIGHLIGHT dan semua. Saya mohon maaf dan saya akan mencuba untuk memberikan yang terbaik. Saya membaca semua mesej yang dihantar dan saya meluangkan masa berfikir mengenainya.

Sebelum ini, terdapat peminat yang membangkitkan isu mengenai Son Dong-woon yang dikatakan tidak membaca surat yang diberikan. Malah ada yang marah kerana dia mungkin akan mengganggu aktiviti muzik kumpulan itu.

Dalam pada itu, agensi kumpulan itu mengumumkan bahawa Son Dong-woon akan terus aktif bersama HIGHLIGHT walaupun sudah berkahwin.

Apa lah sampai kena minta maaf..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...