Baru-baru ini, pelakon Han Hyo-joo telah dikecam penonton kerana tingkah lakunya di rancangan “Unexpected Business 3”.
Dalam program itu, Han Hyo-joo telah dipilih sebagai pekerja sambilan pertama yang akan membantu Cha Tae-hyun, Jo In-sung, Lim Ju-hwa, Yoon Kyung-ho dan Park Byung-eun untuk mengusahkan sebuah restoran di California.
Khususnya, pengurus restoran iaitu Cha Tae-hyun memberitahu Han Hyo-joo bahawa dia perlu datang pada jam 8:30 pagi namun keesokan harinya, wanita itu masih tidak kelihatan walaupun sudah jam 8:30 pagi.
Selepas beberapa pelanggan datang dan pergi, Han Hyo-joo akhirnya tiba dan dengan sambil lewa berkata kepada orang yang sedang bekerja,
Selamat pagi! Oh, kamu sedang sibuk membuat kimbap sekarang.
Bukan itu sahaja, apabila Yoon Kyung-ho memberitahu bahawa mereka sudah lama menunggunya, pelakon itu menjawab,
Saya? Kenapa?
Kemudian pada hari kedua dan ketiga, Han Hyo-joo tetap datang lewat tanpa berasa bersalah.
Dengan ini, orang ramai mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk sekurang-kurangnya dia meminta maaf kepada ahli lain kerana terlambat.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.