Ikuti Kami:

“Minta Maaf Kat Isteri” – Yoo Jaesuk Selar Ji Sukjin Tak Jaga Anak

“Minta Maaf Kat Isteri” – Yoo Jaesuk Selar Ji Sukjin Tak Jaga Anak

Tak “Running Man” lah, kalau tak gaduh.

Dalam episod terbaru ini, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun telah menjadi tetamu untuk mempromosikan drama “Flex x Cop”.

Semasa bergaduh mengenai pembahagian wang, Ji Suk-jin berkata,

Kita tak boleh berfikir dengan konsep ekonomi sahaja. Mereka (Song Ji-hyo dan Haha) adalah borjuis (golongan bangsawan).

Kata Kim Jong-kook menyelar Ji Suk-jin,

Bukan kah kamu tinggal di Jamsil-dong, Gangnam (rumah mewah).

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut menyebut mengenai kereta mewah dimilikinya hingga membuatkan Ji Suk-jin bingung.

Ji sukjin yoo jaesuk

Yoo Jae-suk meminta Ji Suk-jin untuk membatalkan kenyataan borjuisnya. Dia meminta maaf dengan cepat,

Saya akan membatalkannya. Maafkan saya.

Ji Suk-jin sekali lagi diusik ahli lain apabila mengatakan bahawa dia hanya menyedari kepentingan wang selepas membesarkan anak. Balas Yoo Jae-suk,

Setahu saya, isteri awak yang besarkan mereka.

Lelaki tua itu kemudian meminta maaf buat isterinya sekaligus menimbulkan tawa semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...