Ikuti Kami:

Mimpi NCTZEN Malaysia Tercapai, Malam Bersama NCT DREAM Di ‘The Dream Show 2’ Jadi Memori Indah

Mimpi NCTZEN Malaysia Tercapai, Malam Bersama NCT DREAM Di ‘The Dream Show 2’ Jadi Memori Indah

Sekian lama menjadi harapan NCTZEN, akhirnya NCT DREAM mengadakan konsert mereka ‘The Dream Show 2: In A Dream’ buat julung kalinya di Malaysia.

Sejak dari awal pengumuman penganjur Star Planet lagi, kesemua peminat tempatan tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja selain bersungguh-sungguh ‘berperang’ bagi mendapatkan tempat di konsert berkenaan. Terbukti popular, kesemua tiket habis terjual dalam masa 3 jam sahaja selepas jualan dibuka. Wow!

Kelmarin, NCT DREAM TOUR ‘The Dream Show 2: In A Dream’ bukan lagi mimpi apabila ianya berlangsung meriah selama 2 jam 30 minit di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Meskipun bermula tepat jam 5 petang, perkarangan lokasi tersebut sudah dipenuhi NCTZEN seawal 8 pagi yang berjanji menyarungkan pakaian bertema hijau yang sinonim dengan warna kumpulan dari SM Entertainment berkenaan.

nct dream kuala lumpur

Kredit: Star Planet

Saat lampu arena itu digelapkan, ianya dipenuhi dengan suara peminat yang sedar bahawa tinggal beberapa saat sahaja lagi sebelum mereka dapat menatap mata setiap ahli NCT DREAM iaitu Mark, Jeno, Jaemin, Haechan, Renjun, Chenle dan Jisung. Dari rakaman VCR, kesemua ahli muncul satu persatu di atas pentas dengan lagu pertama ‘Glitch Mode’ dan diteruskan dengan ‘Countdown (3,2,1)’ sebelum menukar baju dan mendendangkan ‘Stronger’.

Konsert kemudiannya bersambung selepas setiap ahli memberikan kata alu-aluan mereka termasuklah pengakuan bahawa mereka sudah lama menanti untuk mengadakan konsert penuh di Malaysia. Malah kesemuanya turut mengucapkan frasa bahasa Melayu yang terus meniti di bibir sehingga ke sudah iaitu,

Mari kita berseronok.

nct dream kuala lumpur

Kredit: Star Planet

Konsert kemudiannya bersambung dengan lagu lain seperti “Dreaming”, “Deja Vu”, “My First and Last”, “Bye My First…”, “Love Again”, “To My First..”, “Sorry, Heart”, “Puzzle Peice”, “Chewing Gum”, “ANL”, “Dive Into You”, “Irreplaceable”, “Saturday Drip”, “Quiet Down”, “Better Than Gold”, “Diggity”, “Ridin'”, “BOOM”, “Hello Future”, “We Go Up”, “Trigger The Fever” dan “Hot Sauce”.

Apabila NCT DREAM berlari ke belakang pentas seperti pengakhiran konsert, kesemua NCTZEN menjerit ‘Encore, encore, encore..’ dek tidak puas dengan persembahan mereka. Malah adrenalin hebat terus dirasai semua meskipun sudah sejam setengah konsert berlangsung.

Kembali ke pentas, NCT DREAM menyambung persembahan dengan tiga lagu lain iaitu “Beat Box”, “My Youth” dan “Walk Home”. Walaupun di pengakhiran, namun kesemua ahli memberikan ucapan manis buat NCTZEN dengan meminta mereka sentiasa menjaga makan dan berterima kasih kerana menyambut mereka dengan hangat.

nct dream kuala lumpur

Kredit: Star Planet

Selain itu, mereka memberikan klu sepertinya akan datang lagi kerana kerap berkata ‘Jumpa lagi’ termasuklah berjanji akan cuba melangsungkan konsert selama 2 hari sekiranya berpeluang. Lebih bermakna apabila kumpulan itu turut mempersembahkan lagu popular mereka iaitu ‘Candy’ sebagai penutup konsert. Yes!

Dalam pada itu, NCT DREAM TOUR ‘The Dream Show 2: In A Dream’ mencapai kejayaan yang hebat hasil anjuran Star Planet dan dipersembahkan oleh Yes 5G.

Dah rindu NCT DREAM lah…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...