Ikuti Kami:

Tiket Konsert NCT Dream ‘THE DREAM SHOW 2’ Di Kuala Lumpur Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam!

Tiket Konsert NCT Dream ‘THE DREAM SHOW 2’ Di Kuala Lumpur Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam!

Terbukti popular di Malaysia, konsert pertama kumpulan NCT DREAM di Malaysia berjaya dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Untuk pengetahuan, waktu penjualan tiket konsert jelajah ‘THE DREAM SHOW2 : In A DREAM’ di Kuala Lumpur bermula pada jam 2 petang pada 6 April 2023. Dek sambutan yang hangat daripada NCTZEN, ianya habis dibeli kurang daripada 3 jam sahaja. Fuhh!

Dipersembahkan oleh Yes dan dianjurkan oleh Star Planet, konsert jelajah ini akan berlangsung pada 20 Mei 2023, jam 5 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

nct dream malaysia

Bukan sahaja penganjur, malah ahli NCT DREAM sendiri teruja dengan respon menakjubkan dari peminat lantas mereka mahu menyampaikan rasa terima kasih sedalamnya buat semua yang menjayakan konsert ini.

Bagi maklumat tambahan, nantikan kemas kini di media sosial Star Planet ataupun lawati laman web rasmi Star Planet.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...