Ikuti Kami:

Miliki Lebih Seribu Pil Tidur, Yoo Ahin Didakwa Lalui 181 Sesi Pengambilan Dadah Di Hospital

Miliki Lebih Seribu Pil Tidur, Yoo Ahin Didakwa Lalui 181 Sesi Pengambilan Dadah Di Hospital

Biar betul?

Pihak berkuasa telah berkongsi butiran mengenai dakwaan pelakon terkenal Yoo Ah-in. Pelakon tersebut telah didakwa atas tuduhan percubaan memusnahkan bukti, penipuan, pelanggaran akta perubatan, dan penggunaan dadah.

Dakwaan itu menyatakan bahawa Yoo Ah-in telah mengambil sebanyak 9.6 liter propofol gred perubatan melalui 181 sesi berasingan di 14 buah hospital yang berbeza dalam tempoh dua tahun mulai September 2020.

Malah, dia juga telah dituduh memperoleh sebanyak 1,150 pil tidur secara haram melalui 44 transaksi berasingan dengan menggunakan nama orang lain.

yoo ahin court

Dalam masa yang sama, Yoo Ah-in juga disyaki menghantar mesej kepada rakan kenalannya untuk mengurangkan skala jenayah yang dilakukan. Mesej tersebut berbunyi,

Jangan percaya apa-apa kata polis.

Selain itu, pelakon tersebut juga cuba mengheret orang lain untuk menggunakan dadah dengannya serta cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa dia menggunakan ganja.

Wow! Bukan sedikit dadah yang dia ambil.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...