Ikuti Kami:

“Mijoo Hampir Jadi Psiko Macam Jeon Somin..” – Yoo Jaesuk Dedah Personaliti Sebenar Jeon Somin

“Mijoo Hampir Jadi Psiko Macam Jeon Somin..” – Yoo Jaesuk Dedah Personaliti Sebenar Jeon Somin

Pada 11 Februari, episod terbaru “Hangout with Yoo’ telah disiarkan.

Dalam siaran tersebut, ahli iaitu Yoo Jae-suk, Lee Yi-kyung, Park Jin-joo, Lee Mi-joo, Haha, Shin Bong-sun dan Jeong Jun-ha, pergi menyelesaikan latihan musim pertama.

Selepas selesai latihan tersebut, mereka semua menuju ke destinasi seterusnya dalam satu kereta. Ketika sedang berborak, Yoo Jae-suk memuji semangat juang adik-beradik ‘Joo Joo’ iaitu Park Jin-joo dan Lee Mi-joo, ketika mengerjakan misi.

Kemudian, dia turut mendedahkan cara layanannya kepada mereka,

Saya melayan adik-beradik Joo Joo dengan sedikit kasar. Sebentar tadi, saya memukul perlahan belakang kepala Lee Mi-joo.

Tambah pengacara dan penghibur itu,

Haha, yang sedang memerhati dari belakang berkata kepada saya ‘Jangan pukul dia sekuat hati awak pukul Jeon So-min’. Jeon So-min memang gila. Mi-joo hampir jadi psiko seperti So-min, jadi saya harus memberi perhatian kepadanya.

Penat Yoo Jae-suk nak kena jaga adik-adik dia ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...