Ikuti Kami:

“Cakap Je La..” – Yoo Jaesuk Akui Dapat Pengaruh Dari Kim Jongkook Untuk Lakukan ‘Ini’

“Cakap Je La..” – Yoo Jaesuk Akui Dapat Pengaruh Dari Kim Jongkook Untuk Lakukan ‘Ini’

Baru-baru ini, Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube milik Kim Jong-kook.

Untuk pengetahuan, selain Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin, Yoo Jae-suk juga mempunyai  saluran YouTubenya sendiri yang dilancarkan pada 2 bulan lalu dengan nama ‘뜬뜬 DdeunDdeun’.

Khususnya, dalam saluran YouTube ‘GYM JONG KOOK’, Kim Jong-kook bertanya kepada Yoo Jae-suk,

Sejujurnya, saya sering memberitahu awak untuk membuka saluran YouTube dan sekarang awak mempunyai akaun YouTube sendiri. Adakah awak mendapat pengaruh dari saya?

Sebagai tindak balas, Yoo Jae-suk menjawab,

Jika saya cakap tidak ada, awak akan mengatakan sesuatu.

Gesa Jong-kook secara berseloroh,

Cakap ada. Tengok kamera dan cakap.

Meskipun dengan berat hati, Yoo Jae-suk tetap mengaku,

Terdapat pengaruh daripada ‘GYM JONG KOOK’.

Ramai ahli “Running Man” dah ada saluran YouTube sendiri ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...