Ikuti Kami:

“Awak Tak Sesuai Pakai Barangan Mewah..” – Kim Jongkook Usik Yoo Jaesuk

“Awak Tak Sesuai Pakai Barangan Mewah..” – Kim Jongkook Usik Yoo Jaesuk

Sudah lama bekerjasama, Ji Suk-jin, Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook nampaknya selesa untuk mengusik satu sama lain.

Baru-baru ini, Ji Suk-jin dan Kim Jong-kook telah tampil dalam saluran YouTube milik Yoo Jae-suk, di mana mereka berbual tentang pelbagai perkara.

Khususnya, Ji Suk-jin ada berkata,

Saya bekerja keras tetapi ada kalanya saya rasa saya sudah lama tidak memberikan hadiah kepada diri sendiri.

Mendengar luahan rakan ahli “Running Man” itu, Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook bertanya,

Bukankah awak ada membeli barangan mewah yang agak banyak?

Kemudian, Yoo Jae-suk turut berkongsi bahawa tali leher yang dipakainya adalah dari jenama mewah Prada. Ketika ditanya sama ada dia mempunyai barangan dari jenama mewah lain, ‘Nation’s MC’ itu menjawab,

Ada. Saya juga ada Gucci.

Respon Kim Jong-kook secara berseloroh,

Ia benar-benar tidak sesuai dengan awak.

Suka betul eh bergurau gitu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...