G-Dragon sekali lagi telah menarik perhatian ramai dengan fesyennya yang unik.
Terbaru pada 8 Mei, G-Dragon telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, dalam perjalanannya untuk jadual di luar negara.
Menarik perhatian, lelaki itu tampil dengan baju hitam dan seluar jeans biru, digayakan pula dengan jubah mandi berwarna merah di bahagian luar.
Meskipun gaya seperti itu jarang dikenakan oleh mana-mana artis sebelum ini, netizen percaya bahawa ramai yang akan mengikut jejak G-Dragon dalam menjadikan ‘bathrobe’ sebagai trend baru dalam berfesyen.
Komen netizen,
- Dia sorang je tak nampak pelik kalau pakai macam ni.
- Mesti jadi trend nanti.
- G-Dragon kan, fesyen dia memang pelik sikit tapi unik.
Omo!