Ikuti Kami:

“VIP Selamanya” – G-Dragon & Taeyang Bikin Kejutan Di Konsert Daesung, Perform Lagu Hit BIGBANG

“VIP Selamanya” – G-Dragon & Taeyang Bikin Kejutan Di Konsert Daesung, Perform Lagu Hit BIGBANG

Meskipun tidak aktif sebagai satu kumpulan, BIGBANG masih setia memberikan sokongan kepada aktiviti solo masing-masing.

Pada minggu lalu, Daesung telah memulakan konsert jelajah ‘Daesung 2025 Asia Tour: D’s Wave in Seoul’ yang berlangsung di Dewan Olimpik.

Membuka pentas dengan “Universe” iaitu lagu utama dari mini album terbarunya, lelaki itu terus menghiburkan peminat dengan lagu “Falling Slowly”, “Smile” dan banyak lagi.

Lebih meriah, Daesung turut menjemput Taeyang dan G-Dragon ke atas pentas, dengan persembahan mereka untuk lagu hit kumpulan itu seperti “Home Sweet Home”, “BANG BANG BANG” dan “SOBER”.

Menerusi sosial media, ramai yang emosi melihat kesetiaan mereka yang sentiasa memberikan sokongan pada satu sama lain. Komen peminat,

  • Seronok tengok diorang masih rapat sampai hari ini!
  • Cemburu tengok persahabatan mereka.
  • Siapa sangka dapat tengok diorang perform lagu ‘Sober’ pada 2025 😭

Sementara itu, Daesung akan membawa konsert jelajah ‘D’s Wave’ di Kuala Lumpur pada 7 Jun nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...