Seorang selebriti popular kadangkala pastinya harus berhadapan dengan peminat yang melampaui batas..
Terbaru pada 4 Mei, Jung-kook telah memberi amaran kepada peminat yang mencerobohi privasinya, dengan menulis di laman Weverse,
Jangan hantar hantaran makanan ke rumah saya.
Saya tidak akan memakannya walaupun awak menghantarnya.
Walaupun saya berterima kasih atas pemikiran itu, saya makan dengan baik.
Jadi belilah untuk diri sendiri.
Sambungnya lagi dengan memberi amaran kepada peminat fanatik tersebut,
Saya sangat memintanya.
Jika awak menghantarnya sekali lagi, saya akan mencari nombor pesanan resit dan mengambil tindakan.
Jadi tolong berhenti.
Sementara itu, netizen rata-rata meluahkan rasa risau mereka terhadap keselamatan Jung-kook dan menulis komen seperti,
Ini sangat berbahaya. Makanan itu boleh dicampur dengan dadah atau pil. Juga, bagaimana mereka tahu di mana dia tinggal?
Wah. Mereka konsisten mengatakan bahawa mereka tidak boleh menerima hadiah daripada peminat, dan sebaliknya ARMY harus membelanjakan wang untuk keluarga/amal/rakan mereka sendiri. Tidak ada sebab untuk tidak menghormati kehendak BTS.
Saya harap dia ambil tindakan undang-undang.
Dia pasti berasa sangat tidak senang dan mungkin juga takut… Sesetengah orang benar-benar melampaui batas.
Kesian Jung-kook..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉