Ikuti Kami:

“Mesti Dia Stress” – Rambut Penuh Uban, Penampilan Terbaru Yoo Ahin Jadi Perhatian

“Mesti Dia Stress” – Rambut Penuh Uban, Penampilan Terbaru Yoo Ahin Jadi Perhatian

Selepas terpalit dengan kes dadah, Yoo Ah-in nampaknya sudah tiada harapan lagi dalam dunia hiburan.

Baru-baru ini, Yoo Ah-in telah hadir di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seocho-gu, Seoul, untuk soal siasat bagi semakan waran sebelum kemungkinan penahanan, disebabkan penggunaan dadah secara haram.

Selain penampilannya yang kelihatan penat, netizen tidak dapat mengelak dari memberi perhatian kepada helaian rambut putih atau uban, yang ada banyak di kepala pelakon lelaki itu.

Memandangkan rambut ubannya kelihatan lebih jelas dan banyak berbanding penampilannya sebelum ini, ramai yang menebak bahawa Yoo Ah-in sememangnya berada dalam keadaan yang begitu tertekan kini.

yoo ahin

Selepas foto itu tersebar, netizen di komuniti dalam talian telah meninggalkan komen seperti,

Kenapa dia mempunyai begitu banyak uban?

 

Saya tak tahu pula dia ada banyak rambut putih..

 

Yoo Ah-in mesti stress..rambutnya..

Untuk pengetahuan, jika uban telah tumbuh dengan cepat dalam tempoh yang singkat, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan.

Hmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...