Ikuti Kami:

“Mesti Banyak Bersenam” – Tayang Badan Berotot, Foto Baru Bae Doona Raih Perhatian

“Mesti Banyak Bersenam” – Tayang Badan Berotot, Foto Baru Bae Doona Raih Perhatian

Baru-baru ini, pelakon Bae Doo-na telah terlibat dengan penggambaran untuk majalah Vogue Korea edisi Januari.

Menerusi beberapa gambar yang dikeluarkan, Bae Doo-na tampil dengan pelbagai gaya dan memukau peminat dengan otot di belakang badannya yang mengagumkan.

Selain itu, pelakon itu turut menarik perhatian netizen dengan lengannya yang berotot dan mempamerkan aura yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Doona Bae 배두나 (@doonabae)

Antara komen netizen mengenai gambar Bae Doo-na:

Ini adalah penggambaran untuk menggalakkan orang melakukan pengurusan berat badan pada tahun baru.

 

Awak telah banyak bersenam nampaknya. Sangat hebat.

 

Tak terkata! Penggambaran terbaik yang pernah saya lihat setakat ini. Bae Doo-na adalah seorang ikon dengan gaya yang sangat unik.

Dalam pada itu, filem baru Bae Doo-na “Next Sohee” telah dijadualkan untuk tayang pada bulan Februari ini. Ianya mengisahkan tentang gadis sekolah menengah So-hee (Kim Si-eun), yang terperangkap dalam insiden semasa lawatan lapangannya ke pusat panggilan, dan detektif Yoo Jin (Bae Doo-na) yang ditugaskan untuk kes itu.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...