Ikuti Kami:

Diterajui Bae Doona, Filem ‘The Next Sohee’ Selesai Penggambaran

Diterajui Bae Doona, Filem ‘The Next Sohee’ Selesai Penggambaran

Pengarah July Jung telah selesai menjalankan penggambaran filem baharunya, “The Next Sohee” lakonan Bae Doo-na.

Pada 3 Mac, kakitangan yang terlibat untuk filem itu mengumumkan penamatan penggambaran.

Kami menamatkan semua penggambaran dengan selamat pada 28 Februari.

Sementara itu, “The Next Sohee” mengisahkan tentang gadis sekolah menengah So-hee, yang terperangkap dalam insiden semasa lawatan lapangannya ke pusat panggilan, dan detektif Yoo Jin (Bae Doo-na) yang ditugaskan untuk kes itu. Pengarah Jung berkata,

Saya berterima kasih kepada kakitangan dan pelakon yang semuanya mencuba yang terbaik bersama saya sehingga ke penghujungnya. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyiapkan pasca pengeluaran.

Bae Doo-na yang memainkan peranan detektif sekali lagi selepas siri “Stranger”, berkongsi,

Saya sangat gembira dan seronok semasa penggambaran, jadi saya sedih kerana penggambaran telah tamat. Tetapi saya gembira kerana kami menyelesaikannya dengan selamat. Saya gembira dapat bekerja dengan orang yang begitu hebat.

the next sohee

Meskipun sudah selesai penggambaran, tayangan bagi filem “The Next Sohee” masih belum diputuskan.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...