Ikuti Kami:

Jadi Detektif Yang Tenang, Bae Doona Sah Terajui Filem Akan Datang ‘The Next Sohee’

Jadi Detektif Yang Tenang, Bae Doona Sah Terajui Filem Akan Datang ‘The Next Sohee’

Nampaknya 2022 merupakan tahun yang sibuk buat Bae Doona!

Pada 17 Januari, Twin Plus Partners mengumumkan bahawa Bae Doona akan membintangi filem “The Next Sohee”, yang baru-baru ini telah memulakan penggambaran. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis sekolah menengah bernama So-hee, yang memulakan latihan di pusat panggilan pelanggan, dan seorang detektif yang menjadi curiga dengan insiden yang melibatkan So-hee. Bae Doona akan memegang watak utama sebagai detektif yang tenang, dan berkepala dingin.

Selain itu, filem ini diarahkan oleh pengarah July Jung, yang juga mengarahkan filem “A Girl at My Door” yang turut dibintangi Bae Doona pada 2014. Ini bermakna, “The Next Sohee” akan menjadi naskhah kedua Bae Doona bekerja di bawah arahan July Jung.

bae doona the next sohee

Walaupun filem “The Next Sohee” telah pun memulakan penggambaran namun, tarikh tayangan tetap masih belum disahkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...