Pelakon Jung Woo-sung baru-baru ini, menyertai satu sesi tayangan filem “Hunt” bersama peminat di Seoul. Apa yang paling menarik perhatian adalah bagaimana Jung Woo-sung berinteraksi dengan para peminatnya.
Pada sesi tayangan tersebut, tindakan Jung Woo-sung dipuji kerana dia sangat mesra dengan peminat yang hadir pada sesi tayangan tersebut. Menurut peminat yang hadir, mereka sering mengikuti jadual sesi sidang media Jung Woo-sung, sebaik sahaja pelakon itu mengajak mereka bergambar bersama.
Salah seorang peminat berkata,
Hari ini saya sangat letih kerana mengikuti mereka dari Sangam ke Mok-dong, jadi semasa persembahan terakhir, saya hanya menjerit dan tidak membuat rakaman langsung apabila Jung Woo Sung ‘oppa-ajussi’ tiba-tiba berkata kepada saya, “Tidak kira peminat mana-mana pun, awak boleh keluar sini.” Saya terus kembali bertenaga seketika itu.
https://twitter.com/Lifeisblahblah/status/1559509919254335490?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1559509919254335490%7Ctwgr%5E868c2feda9abe8a86a77c757599a0f478cbfe520%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koreaboo.com%2Fnews%2Factor-jung-woo-sungs-sweet-gesture-fan-goes-viral%2F
Makin ramai peminat yang meluahkan rasa terharu mereka melalui beberapa muat naik bingkisan video interaksi mereka dengan Jung Woo-sung ketika itu.
“Saya sangat terharu apabila Jung Woo-sung dapat mengenal pasti peminat untuk berinteraksi.”
“Manisnya tindakan Jung Woo-sung!”
“Bertuahnya kita semua kerana meminati orang sehebat ini?”
Baiknya Jung Woo-sung layan peminat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.