Ikuti Kami:

“Dia Pandai Sesuaikan Diri” – Jung Woosung Mahu Letak Jin BTS & Ju Jihoon Dalam Satu Projek

“Dia Pandai Sesuaikan Diri” – Jung Woosung Mahu Letak Jin BTS & Ju Jihoon Dalam Satu Projek

Jin BTS baru-baru ini, dilihat menghadiri satu tayangan perdana untuk filem terbaru “Hunt”, yang turut menjemput ramai lagi artis-artis hebat.

Jin BTS hadir ke tayangan perdana tersebut setelah dia dijemput secara langsung oleh pelakon terkenal, Jung Woo-sung. kehadiran Jin ke tayangan perdana tersebut juga menimbulkan kekecohan apabila dia berjaya meraih perhatian pihak media.

Dalam pada itu juga, pihak media Twitter Korea turut mengadakan satu live stream khas untuk peminat yang tidak dapat menghadiri tayangan perdana tersebut secara bersua muka. jinSehari selepas tayangan perdana tersebut, Jung Woo-sung meninggalkan komen bagi penampilan Jin. Dia berkata, dia dan Jin BTS baru-baru ini menjadi rakan malah mereka turut mempunyai lawak jenaka antara satu sama sendiri, dengan memanggil “Pengerusi Jin” dan “Pengerusi Jung”. Gurauan tersebut merupakan sebahagian daripada sedutan drama “Reply 1988”.

Saya bertemu dengan Jin baru sahaja lagi. Saya bertanya kepada Jin jika dia mempunyai kelapangan untuk datang ke tayangan perdana dan dia sudi untuk hadir. 

jinKini, lebih terbukti bahawa sesiapa sahaja yang bertemu dengan Jin pasti akan mengagumi personaliti dan penampilannya yang menarik. Jung Woo-sung turut berkata, Jin seorang junior yang sangat baik dan comel, malah dia turut pandai menyesuaikan diri, walaupun dia baru sahaja bertemu dengan pelakon, Ju Ji-hoon. Dengar cerita, Jung Woo-sung cuba nak satukan Jin dengan Ju Ji-hoon dalam satu projek.. ye ke tu…

Bestnya berkawan dengan Jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...