HYBE telah melancarkan koleksi baju tidur dan barangan bantal melalui Weverse Shop pada 2 Januari.
Di SNS rasmi, mereka membuat promosi,
Kami ingin memperkenalkan kepada anda koleksi baju tidur dan bantal yang dilengkapkan dengan rancangan cemerlang Jin.
Kemudiannya, Jin turut memuat naik dan mempromosikan gambar baju tidur tersebut menerusi Instagram miliknya dan barangan itu dijadualkan akan mula dijual mulai 17 Januari. Walaubagaimanapun, apabila harga dikeluarkan, peminat merungut kerana harganya terlalu tinggi. Baju tidur akan dijual pada harga 120,000 won (lebih kurang RM420) manakala bantal juga telah disahkan dijual pada harga 70,000 won (lebih kurang RM245). Peminat menegaskan bahawa ianya mahal walaupun barangan itu dirancang oleh Jin sendiri.
Jin yang juga terkejut dengan harga yang dipasarkan, turut meluahkan di Weverse,
Saya meminta mereka menggunakan material yang berkualiti untuk baju tidur tetapi mengapakah harganya sebegitu…saya pun hairan.
Sementara itu, ini bukan kali pertama HYBE menghadapi kritikan daripada pengguna mengenai barangan kedai di Weverse. Walaupun telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kawalan kualiti mereka di barangan yang dijual melalui Weverse Shop, namun, penambahbaikan yang ketara masih belum dilaksanakan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.