Ikuti Kami:

Mesra Dalam ‘Call It Love’, Lee Sungkyung Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Kim Youngkwang

Mesra Dalam ‘Call It Love’, Lee Sungkyung Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Kim Youngkwang

Sesebuah drama terbukti berjaya apabila ada yang menyangka teraju utamanya benar-benar bercinta dan bukan sekadar plot cerita sahaja.

Sama seperti yang dialami Lee Sung-kyung dan Kim Young-kwang, mereka ditebak sedang bercinta dek keserasian luar biasa dalam drama “Call It Love”. Jawab wanita itu dalam sebuah temubual baru-baru ini,

Sejak pengarah menyunting bahagian pertama dan kedua, katanya ‘Terdapat banyak salah faham dalam bilik suntingan, mengatakan pandangan kalian nampak mencurigakan’. Tapi saya merasakan bahawa ia disengajakan namun tebakan itu mempunyai kemungkinan memandangkan pengarah hanya melihat Han Dong-jin dan Shim Woo-joo berbanding diri kami sendiri.

lee sungkyung

Jawab Kim Young-kwang dalam temubual berasingan pula, dia tidak menyangka ramai menyangka bahawa dia mempunyai apa-apa hubungan dengan Lee Sung-kyung selepas menerima respon hangat apabila memuat naik gambar bersama rakannya itu,

Kami menghadiahkan gambar itu sebagai tanda ‘Terima kasih’ buat penonton.

Untuk pengetahuan, “Call It Love” membawa kisah seorang wanita yang cuba membalas dendam terhadap wanita simpanan ayahnya namun dengan menggunakan anak lelaki perempuan itu.

Episod akhir siri Disney+ ini akan bersiaran pada 12 April ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...