Ikuti Kami:

“Saya & Kim Youngkwang Malu Berpelukan Atas Katil” – Hani Kongsi Kisah Disebalik ‘Call It Love’

“Saya & Kim Youngkwang Malu Berpelukan Atas Katil” – Hani Kongsi Kisah Disebalik ‘Call It Love’

Meskipun aktif sebagai idola pada awalnya namun Ahn Hee-yeon atau Hani lebih selesa mengembangkan sayap di dalam dunia lakonan kini.

BACA: “Seronok Ketika Penggambaran” – Tamat Kini, Hani Kongsi Perasaan Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

Sibuk dengan penggambaran drama sejak tahun lalu, ahli EXID ini sempat berkongsi pelbagai kisah mengenai kariernya menerusi sebuah temubual rasmi bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.

Ditanya mengenai kisah sebalik tabir di sebalik siri “Call It Love”, kongsinya,

Dalam drama itu, saya dan Kim Young-kwang merupakan bekas kekasih dan kami mempunyai perasaan kurang baik mengenai satu sama lain. Kami saling menghindarkan diri dari satu sama lain di set penggambaran. Tiba-tiba, ada babak masa silam di mana kami perlu berpelukan di atas katil. Saya berasa sangat malu.

hani call it love

Tambahnya,

Saya merasakan Kim Young-kwang juga berasa segan dengan babak itu kerana dia perlu mencium dan mengigit kepala saya. Saya tergelak namun babak itu berjaya dirakan dengan indah.

Dalam pada itu, “Call It Love” membawa kisah seorang wanita yang mula merancang misi untuk membalas dendam terhadap perempuan simpanan ayahnya namun rasa cinta mula bercambah apabila dia sering berada berdekatan anak wanita itu.

Mesti lah malu-malu kan bila kena rakam babak intim secara tiba-tiba?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...