Ikuti Kami:

Meskipun Sudah Kurus, Arahan Agensi Agar LE SSERAFIM Kurangkan Berat Badan Buat Peminat Marah

Meskipun Sudah Kurus, Arahan Agensi Agar LE SSERAFIM Kurangkan Berat Badan Buat Peminat Marah

Pasti ramai sudah mengetahui bahawa ianya bukan mudah untuk menjadi seorang idola K-Pop. Selain perlu berbakat dalam nyanyian dan tarian, penampilan fizikal juga merupakan satu aspek yang amat diambil berat.

Terbaru, LE SSERAFIM telah melancarkan dokumentari “The World is My Oyster”, yang mengikuti proses debut kumpulan itu.

Dalam episod ke-3, semua ahli kelihatan tertekan dek beberapa perkara yang harus mereka sempurnakan sebelum debut. Khususnya, ketua pengurusan artis HYBE memberitahu ahli untuk menurunkan berat badan mereka, dengan berkata,

Tetapi pada akhirnya, pengurusan diri terpulang kepada awak. Saya fikir kamu semua memerlukan masa untuk memikirkan semula betapa pentingnya ini dan untuk awak menguruskan diri sendiri dengan tegas.

le sserafim hybe

Kemudian, Sakura yang merupakan ahli tertua LE SSERAFIM mengatakan bahawa dia berasa sedih melihat semua ahli bergelut untuk menurunkan berat badan. Dia memberi respon sambil menitiskan air mata,

Kami telah bekerja keras. Saya tidak mahu kami mengalami tekanan tentang perkara seperti ini. Saya telah melihat ahli bergelut dan dikritik kerana perkara ini. Saya fikir kami kena cuba bersungguh-sungguh dengan lebih keras lagi.

Kim Chae-won yang pernah debut dalam kumpulan IZ*ONE sebelum ini, turut menyatakan pendapatnya mengenai isu tersebut,

Saya tidak akan mempunyai sebarang masalah dengan ahli yang mempunyai rancangan makan yang berbeza. Seperti yang dikatakan oleh Sakura, ia tidak perlu dikesalkan. Ini semua untuk kebaikan kami sendiri, jadi saya tak rasa kami akan ambil ringan.

Bagaimanapun, peminat mempunyai reaksi dan respon yang sebaliknya. Ada yang mengatakan bahawa sebelum debut, semua ahli sudah pun kelihatan kurus dan sihat jadi, mereka tidak sepatutnya diarahkan untuk menurunkan lagi berat badan.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...