Ikuti Kami:

Pengacara Jepun Diselar Tanya Soalan Sensitif Berbaur Seksual Buat Kazuha & Sakura LE SSERAFIM

Pengacara Jepun Diselar Tanya Soalan Sensitif Berbaur Seksual Buat Kazuha & Sakura LE SSERAFIM

Bukan senang nak jadi idola, mesti akan ada kejadian tidak diingini berlaku tanpa dijangka.

Sama seperti Sakura dan Kazuha yang mula menempa nama selepas debut bersama LE SSERAFIM, mereka turut dikenali kerana menjadi ahli IZ*ONE bersama peserta Produce 48 iaitu Yun-jin.

Pernah menjadi ahli HKT48, Sakura dan Kazuha telah dijemput ke sebuah rancangan Jepun NTV ‘Zero Ichi’ dua minggu selepas debut pada Mei lalu.

Walaupun sudah lama berlalu, namun tiba-tiba kisah mereka ditemubual di rancangan itu kembali menjadi bualan ramai kerana soalan kurang sensitif yang ditanya kepada mereka. Soal pengacara itu,

Berapa harga untuk bermalam di sebuah hotel mewah semalam?

kazuha sakura le sserafim

Walaupun soalan itu agak pelik namun ianya tidak begitu menghairankan memandangkan selebriti sering bermalam di hotel. Dalam keadaan mengelirukan, keduanya menjawab bahawa mereka tidak pasti mengenai hal itu.

Walau bagaimanapun, soalan yang seterusnya nyata membuatkan peminat marah kerana ia menggambarkan sesuatu yang sensitif,

Awak mesti ke sana dengan teman lelaki kan? Kenapa berpura-pura tak tahu?

kazuha sakura le sserafim

Daripada laporan, pengacara itu berterusan menekan dan melakukan serangan seksual lisan meskipun Kazuha dan Sakura berterusan mengatakan mereka faham apa yang diperkatakan.

Rata-rata peminat mengungkit kembali isu ini memandangkan Kazuha yang masih di bawah umur pada ketika itu menjadikan soalan tersebut semakin kurang sensitif.

Disebabkan itu, ramai yang berharap agar syarikat mereka memilih rancangan yang lebih sesuai untuk disertai ahli kumpulan berkenaan supaya isu ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...