Ikuti Kami:

Meski Staf Minta Berhenti, Peminat Terharu BLACKPINK Terus Buat Persembahan Dalam Hujan Lebat

Meski Staf Minta Berhenti, Peminat Terharu BLACKPINK Terus Buat Persembahan Dalam Hujan Lebat

Setiap artis pastinya akan melakukan apa sahaja untuk menghiburkan peminat mereka kan?

Begitu juga dengan kumpulan BLACKPINK yang baru-baru ini telah mengadakan konsert “Born Pink World Tour Encore” di Stadium MetLife, New Jersey.

Khususnya pada hari kedua, 4 ahli itu menerima pujian ramai apabila mereka dilihat meneruskan persembahan seperti biasa meskipun cuaca tiba-tiba hujan lebat untuk seketika.

Dalam video yang dikongsi, BLACKPINK tampil profesional membuat persembahan untuk lagu “Playing With Fire” walaupun dalam cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut seseorang yang pergi ke konsert itu, kakitangan meminta mereka untuk berhenti membuat persembahan demi keselamatan tetapi ahli tekad untuk meneruskannya, kerana tidak mahu hanya peminat yang basah dalam hujan.

Mantap la BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...