Ikuti Kami:

Meski Siri Lakonan Pertama Dikritik, Jennie BP Dilamar Terajui Naskhah Marvel Studios?

Meski Siri Lakonan Pertama Dikritik, Jennie BP Dilamar Terajui Naskhah Marvel Studios?

Baru sahaja memulakan karier sebagai pelakon, sepertinya semakin cerah peluang Jennie dalam bidang ini.

Meskipun siri pertama lakonannya iaitu “The Idol” menerima tentangan hangat kini dek plot ptovokatif namun khabarnya idola itu telah menerima tawaran untuk membintangi satu naskhah Marvel Studios iaitu “Team Agents Of Atlas”

Menurut laporan media US, Jennie akan membawa watak Luna Snow iaitu salah seorang heroin Asia di dalam francais berkenaan.

Jennie

Dilahirkan sebagai Seolhee, Luna Snow memiliki kelebihan untuk mengawal salji serta mampu memberi dan menyembuhkan kesakitan. Tambahan pula, watak ini juga merupakan idola K-Pop seperti Jennie di mana dia merupakan ketua kepada kumpulan 4L1T.

Kalau nak tahu, khabar angin ini mula berterbangan selepas pelakon Asia dari dunia sinematik Marvel seperti Benedict Wong, Fala Chen dan Claudia Kim turut mengikuti akaun Instagram milik Jennie.

Bukan itu sahaja, katanya Marvel turut sedang mengambil kira beberapa nama lain seperti Park Shin-hye, Leo Wu dan Guan Xiaotong sebagai antara calon untuk watak itu.

Hmmm.. adakah?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...