Ikuti Kami:

Meski Sibuk, Peminat Seronok Lihat V BTS & Choi Wooshik Sering Luang Waktu Bersama

Meski Sibuk, Peminat Seronok Lihat V BTS & Choi Wooshik Sering Luang Waktu Bersama

‘Wooga Squad’ yang merangkumi V BTS, Park Hyung-sik, Choi Woo-shik, Park Seo-joon dan Peakboy adalah salah satu kumpulan persahabatan yang paling ikonik dalam industri hiburan Korea Selatan.

Baru-baru ini, peminat perasan bahawa dua ahli dari kumpulan itu iaitu V dan Choi Woo-shik sering meluangkan waktu bersama meskipun sibuk dengan jadual masing-masing. Dengan V menyanyikan runut bunyi buat drama Choi Woo-shik “Our Beloved Summer”, hubungan antara kedua selebriti itu nampaknya makin rapat dan mesra kini.

choi wooshik v

Terbaru pada 20 Jun, V telah berkongsi fotonya bersama dengan Choi Woo-shik sedang bermain golf dan keluar makan bersama. Seperti yang dijangka, apabila foto itu dimuat naik, peminat tidak dapat menyembunyikan rasa teruja mereka.

Antara reaksi peminat:

Kedua-duanya sangat comel.

 

Saya harap mereka boleh keluar lebih kerap dan menyiarkan foto dan video untuk kita lihat.

 

Saya benar-benar mahu melihat mereka lebih bersama.

Suka tengok persahabatan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...