Ikuti Kami:

‘Wooga Fam’ V BTS, Park Seojoon, Park Hyungsik, Choi Wooshik & Peakboy Akan Sertai Program ‘In the SOOP’

‘Wooga Fam’ V BTS, Park Seojoon, Park Hyungsik, Choi Wooshik & Peakboy Akan Sertai Program ‘In the SOOP’

‘Wooga Squad’ akan bersatu kembali untuk rancangan realiti baharu!

Pada 14 Jun, HYBE telah mengumumkan bahawa V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik dan Peakboy, atau dikenali sebagai ‘Wooga Squad’ telah disahkan akan bersatu kembali untuk program “In the SOOP: Friendship Trip”, merupakan spin-off daripada siri “In the SOOP” yang sebelum ini disertai BTS dan SEVENTEEN.

Untuk pengetahuan, “In the SOOP” ialah siri realiti yang dihasilkan oleh HYBE Labels. Ia memberi peluang buat artis untuk ‘lari’ dari jadual sibuk mereka dan mencari penyembuhan di tengah-tengah alam semula jadi.

in the soop bts

“In the SOOP: Friendship Trip” akan menunjukkan 5 sekawan itu memulakan perjalanan bersama selama empat hari. Program empat episod itu akan ditayangkan pada bulan Julai ini melalui JTBC dan turut didedahkan pada platform video global.

Sama-sama kita nantikan tayangan rancangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...