Ikuti Kami:

Meski Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan, Song Joongki Bakal Muncul Dalam 3 Filem Pada Tahun Ini

Meski Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan, Song Joongki Bakal Muncul Dalam 3 Filem Pada Tahun Ini

Baru-baru ini, isu perkahwinan Song Joong-Ki bersama pasangan masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Namun, kerjayanya sebagai seorang pelakon tidak terjejas.

Terkini, pelakon Song Joong-ki telah menjalani tiga penggambaran filem yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Antara filem yang dibintangi oleh lelaki itu adalah “Bogota: City Of The Lost” dan “Hwaran” di mana penggambaran kedua-dua filem berjalan pada tahun lepas. Manakala, filem “Ro Ki-wan” memulakan penggambarannya baru-baru ini.

joongki

Sedikit sinopsis filem “Hwaran”, naskhah bergenre nior ini mengisahkan tentang dua lelaki yang bermati-matian berjuang untuk melarikan diri dari realiti tanpa ada masa depan. Untuk pengetahuan korang, Song Joong-ki memegang watak sebagai Chi-gun iaitu bos tengah bagi organisasi yang mempercayai dan memimpin Yeon-gyu. Namun, watak ini sedikit berbeza dengan wataknya yang sebelum ini.

Begitu juga dengan filem, “Bogota: City Of The Lost” mengisahkan tentang orang yang memulakan tawaran berbahaya untuk terus hidup di Bogota iaitu tanah terakhir untuk kehidupan tanpa harapan. Selepas berhijirah ke Bogota, pada usia 19 tahun, Guk-hee (lakonan Song Joong-ki) menjalani kehidupannya yang bergelora dan menguasai daerah tersebut.

Song Joongki

Selepas Song Joong-ki mengumumkan tentang perkahwinannya, pelakon itu akan menjalani penggambaran di Hungary selama dua bulan bermula pada bulan ini. Filem ini merupakan adaptasi dari filem novel iaitu Jo Hae-jin “I Met Ro Ki-wan” dimana watak Song Joong-ki sebagai pembelot Korea Utara.

Info tambahan, Song Joong-ki dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada Mac nanti tapi agak mustahil kerana pelakon itu sibuk melakukan penggambaran di Hungary.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...