Ikuti Kami:

Song Joongki & Katy Louise Saunders Bakal Timang Anak Perempuan?

Song Joongki & Katy Louise Saunders Bakal Timang Anak Perempuan?

Sejak sehari dua ini, banyak cerita timbul mengenai perkahwinan antara Song Joong-ki dan Katy Louise Saunders.

Terbaru, wanita berasal dari United Kingdom itu dilihat sibuk melakukan persiapan untuk menyambut anak pertamanya bersama pelakon tersebut. Malah beberapa fotonya membeli-belah di kedai barangan bayi berjenama mewah turut tular di serata laman komuniti.

Daripada info itu, ramai menebak Katy membeli barangan di Bonpoint iaitu antara rangkaian pakaian bayi popular di Eropah dan memilih ‘Bebe Top dan set Bottom’. Ia merupakan pakaian luar dengan gaya unik. Dalam pada itu, kain yang dibuat 100% dari kapas memastikan bayi tidak akan mengalami kegatalan tambahan apabila dipakai bayi baru lahir.

katy louise saunders

Meskipun turut menjual pakaian lelaki namun dress dan aksesori ‘ala puteri’ merupakan antara barangan terkenal di Bonpoint. Disebabkan itu, timbul khabar angin mengatakan Song Joong-ki dan Katy bakal menimang cahaya mata perempuan.

Tulis individu di lama komuniti, “Anak perempuannya pasti akan comel jika mengikut wajah Katy dan Song Joong-ki, “Saya ingin ke kedai Bonpint selepas mendengar pasangan itu membeli baju anak mereka di sana” dan lain-lain.

katy louise saunders

Walau bagaimanapun, timbul khabar angin mengatakan bahawa Katy ke sana bagi menukar hadiah yang diterima dari kenalan rapat. Malah agak sukar untuk menetukan jantina bayi dengan lebih awal memandangkan kandungan itu masih di awal usia.

Yang penting anak mereka sihat..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...